Jom Cantik!

Rahsia Pemilihan Pakaian dan Personaliti Diri


Pakaian corak polka dot, belang, berpetak atau kosong, yang mana satu sesuai untuk personaliti anda? Ingin tahu jawapannya? Jom cuba kuiz berikut.

1.Antara aktiviti berikut, yang mana satu menjadi pilihan anda?

a. Membeli-belah.
b. Menonton wayang.
c. Menghadiri konsert.
d. Bercuti bersama teman-teman.


2.Warna yang menjadi pilihan anda ketika memilih pakaian?

a. Warna-warni.
b. Warna-warna sejuk.
c. Warna tanah.
d. Warna biru, kuning, hitam dan putih.


3.Anda dijemput ke satu majlis sosial, apakah persediaan anda untuk ke sana?

a. Tidak sabar untuk ke majlis tersebut dan akan memastikan pakaian yang akan dipakai adalah fesyen terkini.
b. Akan pastikan selain anda ada teman yang akan pergi bersama kerana tidak mahu timbul rasa tidak selesa di majlis tersebut.
c. Tiada sebarang persediaan kerana anda lebih suka dengan konsep santai dan bersahaja.
d. anda akan membuat persediaan dari hujung rambut ke hujung kaki kerana anda mahu dilihat sempurna pada malam itu.


4.Teman anda memakai pakaian polka dot, apakah komen anda?

a. “Cantiknya dan sangat ceria.”
b. “Boleh tahan dan cute.”
c. “Biasa sahaja.”
d. “No komen.”


5.Antara berikut yang mana satu menunjukkan keperibadian anda?

a. Seorang yang peramah, happy go lucky dan boleh berkawan dengansesiapa sahaja.
b. Anda hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja dan lebih suka diam daripada banyak bercakap sehingga perbuatan anda itu menyakitkan hati orang lain.
c. Suka bergurau dengan semua orang tetapi apabila berkawan dengan seseorang, anda menjadi pasangan yang paling serius.
d. Sangat profesional, terurus dan apabila membuat sesuatu perlu ada perancangan.


6.Adakah anda seorang yang suka bersukan?

a. Ya sudah pasti.
b. Kadang-kadang.
c. Bergantung pada keadaan, andai ia menyeronokkan kenapa tidak.
d. Tidak ada masa untuk bersukan.


7.Berat badan anda yang paling hampir antara berikut adalah:

a. 45
b. 70
c. 50
d. 55

8.Sekiranya anda menonton televisyen, aktiviti yang akan anda lakukan sambil menonton adalah?

a. Berbual dan mengulas tentang cerita yang ditonton.
b. Makan makanan ringan.
c. Membuat aktiviti lain seperti bermain gitar, membaca majalah dan sebagainya.
d. Fokus pada cerita yang sedang ditonton.

9.Anda ditimpa satu masalah iaitu dompet anda hilang dan tidak dapat dikesan? anda:

a. Bertanyakan pada semua orang tentang dompet anda itu.
b. Marah kerana terasa seperti ada orang yang mengambilnya.
c. Mencarinya dengan tenang tanpa memberitahu orang lain.
d. Membuat laporan segera!

Semak Jawapan:

Jika jawapan anda banyak A 


Corak paling sesuai untuk orang seperti anda ialah polka dot kerana anda seorang yang ceria dan gemarkan aktiviti bersosial. Orang seperti anda juga memang sangat sesuai untuk gaya polka dot kerana keperibadian anda itu melambangkan apa yang anda pakai. Bukan itu sahaja, corak polka dot juga melambang seseorang itu sangat warna warni kehidupannya dan berani untuk berfesyen seperti anda.


Jika jawapan anda banyak B

Anda sesuai dengan corak pakaian berbelang, selain mampu menutup kekurangan yang anda ada ia juga mampu membuatkan anda tampil lebih yakin. Sikap anda yang kurang bergaul dan lebih suka menyendiri menampakkan anda seperti seorang yang kurang yakin. Oleh itu, apabila anda memakai corak belang ditambah pula dengan warna yang ceria, anda akan tampak lebih mempesona dan yakin bergaya.


Jika jawapan anda banyak C

Seorang yang gila-gila dan suka bergurau seperti anda ini memang sesuai dengan corak pakaian berpetak atau bermotif bunga. anda seorang yang berjiwa seni dan pandai menilai sesuatu seni itu tetapi tidak pandai untuk memilih apa yang sesuai untuk diri anda. Jadi untuk tidak tersalah memilih, dua corak ini sangat sesuai untuk anda kerana ia akan melambangkan diri anda yang sebenarnya.


Jika jawapan anda banyak D

Anda seorang yang suka pada kekemasan dan lebih selesa dengan gaya formal. Oleh itu, yang paling sesuai untuk anda ialah pakaian yang tidak ada sebarang motif atau lebih tepat kosong. Itu akan membuatkan anda tampak lebih yakin, menonjol dan lebih bijak.

1 comment:

  1. Рекомендую: реальные проститутки Одессы
    Незабываемо... Красивая, страстная, нежная девушка приглашает в гости приятного Мужчину. Рассчитываю в скором времени видеть в своей анкете только положительные отзывы. Я ОЧень буду стараться. )))) Любя, мы творим людей по подобию /нашего/ Бога, -- и лишь затем мы от всего сердца ненавидим /нашего/ дьявола.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails