Pencarian

Loading...

Monday, February 8, 2010

Rahsia Ayat Tersirat Wanita


Kenalilah wanita yang berada di sekeliling anda. Di sini disenaraikan beberapa ayat-ayat tersirat yang selalu digunakan oleh wanita. Walaubagaimanapun.. mungkin tak semua sebegini… tapi majoriti… ;-)

Kalau wanita bertanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? Aku ke, budak perempuan tu?

Kalau wanita bertanya: Awak dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pergi makan. Lapar ni!

Kalau wanita berkata: Lawa-lawa la baju kat sini...
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk aku.

Kalau wanita berkata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolongla picit kepala.

Kalau wanita berkata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali.

Kalau wanita berkata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke?!

Kalau wanita berkata: Saya suka berkawan dengan awak. Awak baik, memahami …bla bla bla...
Makna tersembunyi: Minat sesangat kat awak la... Rasa macam nak jadi awek awak je.

Kalau wanita bertanya: Awak pernah tak teringatkan awek awak yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau wanita berkata: Saya sanggup berkorban demi kebahagiaan awak.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, korang dua ekor yang seronok.

Kalau wanita berkata: Saya tak kisah kalau memang betul awak nak kahwin lagi satu. Asalkan awak berterus-terang dengansaya, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.




Teruskan Bacaan...

Thursday, February 4, 2010

Rahsia Bentuk Kuku


Terdapat makna tersirat yang berbeza melalui bentuk kuku seseorang. Kenalilah watak seseorang dengan melihat bentuk kukunya. Di bawah ini ada 14 bentuk kuku bersama tafsirannya...namun ini hanyalah andaian semata-mata... ;-)



1. Kuku yang baik, rapi dan indah :


Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.


2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.


3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :


Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.


4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :

Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.


5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :

Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.


6. Bentuk kuku langsing :

Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.


7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :


Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.


8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.


9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :


Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.


10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.


11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.


12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :


Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.


13. Bentuk kuku seperti kikir :

Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.


14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :

Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.


Teruskan Bacaan...

Wednesday, January 27, 2010

Rahsia Personaliti Diri - Cara Memilih Menu


Ini adalah ujian personaliti diri.
Pilih jawapan anda mengikut naluri.
Tidak ada jawapan yang benar atau salah.

Bayangkan diri anda bersama seorang rakan di kedai kopi. Rakan anda baru saja memilih cappuccino, yang anda fikirkan ingin pilih. Jadi apa yang akan anda lakukan sekarang?


A) "Aku sama."
B) "Aku juga."
C) "Buatlah dua."
D) "Aku mahu teh ais."
(Atau yang minuman lain yang berbeza sama sekali .)
E) "Cappuccino."

Pilih jawapan anda, kemudian turun ke bawah untuk setiap pernyataan dan pengertian



"Aku sama."
Anda adalah orang yang mudah. Anda jarang menolak kawan-kawan anda ketika
mereka datang kepada anda untuk meminta bantuan. Kadang-kadang, anda mungkin lebih bijaksana untuk mengatakan "TIDAK". Hal ini dapat menyelamatkan anda daripada masalah yang tidak perlu.

"Aku juga."
Anda adalah orang yang ragu-ragu. Dan alasannya mungkin kerana anda berfikir lebih daripada yang lain! Kadang-kadang anda perlu pergi untuk itu, kalau tidak, anda mungkin mendapati diri anda kehilangan banyak kesempatan yang pada akhirnya akan membawa anda menuju kejayaan.

"Buatlah dua."
Anda mempunyai kemahuan yang kuat. Anda ingin mengendalikan orang lain. Meskipun
anda tidak menunjukkan hal ini, anda mempunyai keinginan tersembunyi untuk menjadi lebih baik daripada semua orang yang mengelilingi anda.

"Aku mahu teh ais."
(Atau minuman lain yang sama sekali berbeza.)
Anda sangat kompetitif dan tidak takut untuk mempersembahkannya. Anda tidak puas dengan kedudukan kedua. Namun, anda harus berhati-hati engan tindakan anda, seperti orang lain mungkin merasa tidak selesa kerana anda sifat keras kepala untuk menang di semua perkara.

"Cappuccino."
Keras kepala adalah kata terbaik untuk menggambarkan anda. Anda tidak akan menyerah pada apa sekali pikiran anda ditetapkan. Anda hidup dengan peraturan anda sendiri, dan mengutuk yang lain darinya. Tetapi untuk banyak orang, anda hanya keras kepala
yang masih dalam pertimbangan kepada orang lain.



Teruskan Bacaan...
Related Posts with Thumbnails