Jom Cantik!

Rahsia Bilik Hotel


Anda pasti ada pengalaman tersendiri ketika menginap di sesebuah bilik hotel. Ada yang pernah menginap di bilik hotel budget malah ada yang pernah menginap di bilik hotel mewah, bergantung kepada kemampuan seseorang itu.

Di sini didedahkan rahsia bilik hotel yang mungkin anda sendiri tidak tahu. Namun begitu, janganlah percaya 100%, kerana ini adalah sekadar pemerhatian dan tidak semestinya berlaku di semua hotel. Kita boleh buat pilihan sendiri. Jom baca seterusnya.

Tahukah anda, staff pengemas bilik hotel selalunya hanya diberi masa kurang 30 minit untuk mengemas sebuah bilik. Ini antara punca kebanyakan peralatan di hotel tidak dibersihkan dengan sempurna. Pendedahan ini bukanlah untuk menakutkan cuma untuk memberi peringatan. Berikut adalah antara rahsia bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia Gelas atau Cawan di Bilik Hotel

Gelas atau cawan di bilik hotel mungkin nampakbersih berkilat, tapi sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff pengemas bilik tidak membasuh gelas atau cawan itu dengan air dan sabun, tetapi mereka hanya mengelapnya sahaja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas dan cawan di bilik hotel selalunya tidak dibasuh.

Kadangkala gelas dan cawan di bilimm hotel disembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.


Jalam yang terbaik... bawalah bekas minuman sendiri ataupun cucilah dahulu gelas dan cawan berkenaan dengan sabun dan air panas sebelum menggunakannya.


Rahsia Cerek Elektrik di Bilik Hotel

Memang seronok bila boleh membancuh teh atau kopi di bilik yang dingin. Dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik hotel mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek elektrik. Cerek ini sebenarnya kerap dijadikan tempat meletakkan kond*m terpakai.

Menurutnya, dia mempunyai satu pen yang digunakan khas untuk mengutip dan membuang kond*m tersebut. Beginilah rutin pembersihannya. Pertama buang benda tersebut, kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulangi jika lekit cecair masih ada.

Tambahan lagi, dia terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek elektrik sehingga apabila dia menjerang air di rumah, dia kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.


Rahsia Pintu Bilik Hotel

Pintu bilik hotel sebenarnya mudah dibuka. Tidak kisahlah samada di hotel bajet ataupun hotel mewah, bawalah sendal pintu untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letakkan sendal di pintu. Ini kerana tidak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu yang disediakan, ia tidaklah selamat seperti yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel itu sendiri.

Jadi anda perlukan penyendal pintu sendiri. Walaupun murah, penyendal pintu adalah cara paling berkesan menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.


Rahsia Air Paip Bilik Hotel

Jika anda menginap lama di hotel, gunalah air mineral sebagai air untuk masak buat minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar.

Pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.


Rahsia Tingkap Bilik Hotel

Janganlah bersandar di tingkap bilik hotel. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Selalu sahaja berita dari seluruh dunia tentang kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap bilik hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails