Jom Cantik!

Rahsia Di Sebalik Nombor Rumah Anda


Pernahkah anda terfikir mengapa anda memilih rumah yang anda duduki sekarang?
Apa nombornya?
Apa yang menyebabkan anda berminat untuk tinggal di rumah tersebut?
Di bawah ini terdapat pengiraan nombor rumah dan rahsia disebaliknya. Namun rahsia ini hanyalah rekaan manusia semata-mata. Jadilah janganlah percaya bulat-bulat.

Pengiraan:
Nombor 511 = 5+1+1= 7
Jadi angka rumah anda ialah 7.Baca keterangan 7 di bawah....

Nombor 388
= 3+8+8=19
19 = 1+9=10
10 = 1+0 = 1
Jadi angka rumah anda ialah 1. Baca keterangan 1 di bawah....

Rumah nombor 1
Penghuni yang tinggal di rumah ini dikatakan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga. Anda juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang. Anda juga harus mencari banyak peluang untuk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh badan. Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dengan penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Penghuni yang tinggal di rumah ini selalunya dibebani masalah orang lain. Jangan terlalu banyak menyendiri. Carilah teman-teman untuk berbicara. Anda yang bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dengan angka ini. Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.

Rumah nombor 3
Penghuni yang tinggal di rumah ini bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian. Anda berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya dengan lebih mendalam. Anda juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah anda ada tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Anda amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran rumah, sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senang, serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Hidup si penghuni rumah ini sering di kelilingi oleh masalah, membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor. Jika anda berpindah ke rumah yang bernombor ini, kehidupan anda akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain. Tapi harus diingatkan supaya jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga. Mereka juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit. Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Anda yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam. Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan. Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil anda akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Anda juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik. Rumah anda juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang anda berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki. Sebelum anda menduduki rumah tersebut, periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada anda nanti. Dikatakan anda yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang-alik ke hospital, samada kerana anda atau keluarga anda yang sakit, malah anda juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit. Sepanjang anda tinggal di rumah tersebut , anda sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabut rumah. Anda mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki. Anda yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini. Jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan anda.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja. Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan. Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain, sebaliknya, ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Anda yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9, biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan. Disebabkan sikap anda yang telalu behati-hati,telah menyebabkan anda kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumah anda. Namun begitu anda jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini. Bahkan ia sering mengundang kebahagiaan di dalam hidup anda yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini. Anda pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails