Satu kajian yang telah dibuat oleh Dr.Barnett mendapati terdapat satu hubungan unik antara manusia dan alam semulajadi. Menurutnya kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran setiap individu. Kaedah pengenalan personaliti ini dipanggil sebagai “Science of Fructology”.
Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi personaliti kehidupan manusia..
Kategori 1-JENIS LIMAU
Contohnya seperti buah oren,limau nipis,lemon dan limau bali.
Penggemar buah jenis limau dikatakan cenderung kepada warna-warna cerah dan sukakan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan mereka gemar merujuk sesuatu perkara atau masalah kepada mereka. Ini adalah kerana mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan mereka yakin dengan nasihat dan pandangan mereka.
Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri mereka yang sebenarnya. Mungkin boleh mengenali mereka dengan lebih rapat, namun ianya memakan masa yang agak lama.
Kadangkala mereka hanya memperuntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Mereka gemar berehat dan bersendiri hanya utk tempoh seketika. Rakan-rakan mereka akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa bersama mereka. Mereka juga tergolong dalam kumpulan individu yangg gemar bergembira dan menggunakan waktu yg terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan.
Kategori 2-BUAH-BUAHAN TROPIKA…
Contohnya seperti pisang, belimbing, betik, jambu dan nanas.
Mereka sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Mereka gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling mereka selalu menghadapi masalah dengan mereka kerana cara hidup mereka yang terlalu aktif.
Mereka tidak sukakan sesuatu yang melibatkan gangguan emosi. Kebiasaannya pasangan mereka terdiri dari individu yang tenang berbanding mereka dan semestinya si dia menerima mereka seadanya.
Mereka gemar meluangkan masa dengan individu yg sememangnya akrab. Teman-teman beranggapan diri mereka seorangg yang mudah didekati dan suka berseronok. Hakikatnya mereka ada pendirian yang tersendiri. Mereka tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Penampilan mereka itu melambangkan mereka seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.
Kategori 3-JENIS BUAH LADANG…
Contohnya seperti epal, lai dan pear.
Perkara utama bagi mereka ialah kekuatan. Mereka bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yg berada di sekeliling mereka. Ini kerana mereka bijak membebaskan diri dari tekanan hidup dan tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mereka.
Mereka juga lebih cenderung untuk berdikari. Mereka tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan mereka adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Merela gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan berdasarkan pengetahuan yang dimiliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi mereka dalam setiap perkara yg kamu dilakukan.
Kategori 4-JENIS TEMBIKAI…
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.
Mereka tergolong dalam golongan yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi mereka, wujudnya kepuasan apabila berjaya membantu orang lain.
Mereka berhati-hati dalam memilih tumbuh-tumbuhan yang ingin di tanam di sekitar tempat tinggal. Mereka memiliki ramai teman rapat,ini kerana mereka memiliki keperibadian yg romantik. Mereka berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Mereka melambangkan diri mereka sebagai individu yang berhati-hati.
Kategori 5-BUAH-BUAHAN JENIS BERI…
Contohnya seperti anggur, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi dan tomato.
Mereka gemarkan 'party' dan keseronokan. Mereka suka menggembirakan orang lain. Mereka juga mudah dapat teman baru kerana merekau adalah peramah. Mereka akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang pelik.
Mereka mempunyai citarasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan juga adalah terdiri daripada makanan-makanna yang berperasa lain dari yangg lain.
Personaliti mereka sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri sendiri.Walaubagaimanapun, keseluruhan personaliti mereka itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri.
Kategori 6-JENIS KEKACANG…
Contohnya seperti kacang tanah, walnut, gajus, hazel dan lain-lain.
Mereka ini jenis “moody”!! Kadangkala mood mereka berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri mereka. Sekiranya kmereka yakin mereka berpihak di pihak yg benar, mereka pasti berdegil dengan pendirian mereka itu. Orang yg berada di sekeliling mereka juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan mereka itu.
Dalam percintaan mereka adalah individu yang setia. Mereka sanggup mengenepikan teman-teman hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati.
Untuk mengenali mereka,individu itu perlu memperuntukkan waktu yg agak lama bagi memahami dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Walaubagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya.
Kategori 7-BUAH-BUAHAN JENIS LABU…
Contohnya kundur.
Mereka berpandangan jauh. Bagi diri mereka,wujudnya pelbagai perkara yg berlaku di dunia ini dan segala-galanya melebihi dari apa yg mampu manusia lihat. Mereka adalah individu yg sering berperasaan curiga.Individu di sekeliling mereka seakan terkejut dengan pengetahuan yang mereka miliki.
Boleh dikatakan setiap persoalan yang mereka mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekelilingnya. Teman-teman mereka akan bergantung pada mereka dan sikap ambil berat mereka itu pasti di hargai.
Tekanan kerja yang dialami akan mendukacitakan mereka,tetapi lama kelamaan semangat mereka akan kembali pulih malah mereka lebih bersedia dlm menangani cabaran-cabaran mendatang. Mereka cenderung pada pelbagai warna. Mereka melambangkan diri diri mereka sebagau seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yg lembut.
Petua Matikan Rumput
-
CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUNIkut petua mudah ini, dalam masa
seminggu dah boleh nampak kesannya.Bahan-Bahan:1. Cuka masakan2. Sabun
pencuci pingg...
No comments:
Post a Comment