Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kita boleh mengenali karektor diri sendiri atau orang lain menerusi bentuk gigi. Berikut adalah tafsiran karektor seseorang mengikut bentuk gigi. Ini hanyalah tafsiran atau ramalab semata-mata, jadi kalau ada persamaan itu, semuanya kebetulan sahaja.
Gigi Jarang Dan Kecil
Orang yang memiliki struktur gigi seperti ini dikatakan suka menilai atau mengkritik diri orang lain. Ada saja yang tak kena pada pandangan mata mereka. Tapi dia tak suka dinilai atau dikritik oleh orang lain! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar untuk mengalah! Kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang tahu anda yang bersalah. Beralah sajalah!
Gigi Bersaiz Sederhana Dan Rata
Giginya cantik dan teratur. Sekali pandang nampak macam pakai gigi palsu pulak. Tapi gigi asli tau!!
Orang yang mempunyai struktur gigi seperti ini adalah seorang yang baik hati dan suka
menolong. Seperti kata orang tua-tua, ringan tulang. Kalau ada orang yang minta pertolongan, pasti tidak akan kecewa. Sebenarnya mereka ini ingin selalu membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan atau kekasih seperti mereka ni kan?
Gigi Bersaiz Besar Dan Jarang
Orang yang mempunyai struktur gigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu
sama lain bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak baik macam tu.
Rezeki orang buat apa nak dengki. Buat sakit hati hati anda saja. Bukankankah ebih baik anda belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki.
Selain itu, sifat negatif anda juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung panjang kalau tak dituruti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya!
Sebagai kekasih atau teman mereka, anda harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!
Gigi Jongang Dan Kecil
Jangan ingat semua orang yang gigi jongang tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!
Gigi Jongang Dan Besar
Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman atau kekasih anda seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Anda haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!
Gigi Tidak Tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan
giginya yang tak begitu rata dan sekata, menjejaskan kecantikan yang dimilikinya
itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Janganlah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka selalu mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.
Gigi Seolah Masuk Ke Dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa
mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka
tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu
pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan
rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.
Gigi Kecil Dan Tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil
dan tersusun cantik itu. Mereka yang memiliki gigi seperti ini dikatakan suka menolong
orang dan percakapan mereka boleh dipercayai. Aduhai! Beruntung mereka yang
memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!
Petua Matikan Rumput
-
CARA MUDAH MATIKAN RUMPUT TANPA RACUNIkut petua mudah ini, dalam masa
seminggu dah boleh nampak kesannya.Bahan-Bahan:1. Cuka masakan2. Sabun
pencuci pingg...
No comments:
Post a Comment