Jom Cantik!

Rahsia Cara Makan Pasangan Anda


Anda pasti kerap keluar makan bersama pasangan anda. Anda boleh mengenali pasangan anda dengan melihat cara si dia makan. Berikut adalah rahsia disebalik cara makan pasangan anda.

Makan dengan tenang

Makan dengan perlahan dan sopan. Suapan penuh berhati-hati. Tapi cara makannya itu membuatkan kamu bosan dan geram. Cara makannya seolah-olah lebih 'berminat' dengan makanan itu berbanding dengan kamu. Namun di sebalik sikap ini menggambarkan bahawa dia seorang yang serius dalam membuat keputusan dan dia adalah seorang yang setia.


Asyik membelek makanan

Dia lebih banyak pandang makanan daripada kamu. Seolah-olah makanan itu nampak sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Sangat teliti. Contohnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan disusun di tepi pinggan. Tersusun saja! Usah bimbang, itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. Jadi usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan

Cara makan dia tidak terlalu cepat atau lambat. Sesekali dia akan berbual tapi tidaklah kerap sangat. Kamu rasa 'kewujudan' kamu di depannya. Namun ketika makan, matanya asyik perhatikan kamu sehingga kadangkala kamu nak makan pun rasa segan. Ini menunjukkan dia sangat sayang kamu dan tidak mahu kamu 'hilang' dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah!


Makan sambil berborak

Seronok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menunjukkan bahawa si dia seorang yang ceria dan susah nak tengok dia marah. Tapimungkin kuat merajuk. Selain itu, dia juga suka berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi jangan buat dia marah. Hangin satu badannanti!


Makan sambil kerap tengok jam

Asyik tengok jam setiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang mahu dikejarkan. Jangan salah faham, bukan dia ada temujanji dengan orang lain, cuma itu adalah tabiat dia. Itu menunjukkan dia amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji, mesti dia sampai tepat pada masa. Dia seorang yang aggresif dan tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut

Ada saja yang hendak dirungut atau dikomen. Banyak perkara baginya tak betul. Makanan tak sedaplah, kurang rasalah dan macam-macam lagi. Sampai kadangkala rasa sakit hati juga dibuatnya. Si dia adalah jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan terus diluahkan walaupun kadangkala merimaskan. Tapi di sebalik sikapnya itu menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma mungkin dia kuat cemburu. Jadi janganlah ambil kesempatan melihat orang lain di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Gaduh besar nanti!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails