Jom Cantik!

Rahsia Mata Wanita


Kenali wanita menerusi rupa bentuk matanya. Tapi janganlah percaya 100% ye. Kalau betul cuma kebetulan je.


Mata wanita bersaiz kecil

Wanita tersebut adalah seorang yang peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.


Mata wanita bersaiz sedang

Wanita tersebut adalah seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.


Mata wanita bersaiz lebar

Wanita tersebut adalah seorang yang cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


Mata wanita selalu berkedip

Wanita tersebut adalah seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik


Mata wanita jarang berkedip

Wanita tersebut adalah seorang yang istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


Mata wanita cengkung


Wanita tersebut adalah seorang yang kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


Mata wanita redup

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


Mata wanita seolah tersembul keluar

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.



Teruskan Bacaan...

Rahsia Untuk Gadis Mengekalkan Keayuan


Di bawah ini terdapat rahsia untuk gadis mengekalkan keayuan diri... ;-)


1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.



Teruskan Bacaan...

Rahsia Warna Kegemaran


Semua orang pasti mempunyai warna kegemaran. Tahukah anda bahawa warna kegemaran dapat mempamerkan watak anda?

Berikut adalah personaliti mengikut warna kegemaran anda:


Rahsia Warna Biru
Jika anda suka warna biru, anda tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Anda selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana anda lebih cenderung menyembunyikan perasaan.


Rahsia Warna Hijau
Warna kesukaan anda hijau, maka anda tergolong dalam golongan yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Anda adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta anda mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Rahsia Warna Kuning
Kesukaan anda warna kuning menandakan bahawa anda memiliki sifat optimis. Anda seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri anda,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi anda. Anda orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.


Rahsia Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran anda maka anda adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan anda tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan anda adalah yang terbaik. Anda pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih anda.


Rahsia Warna Putih

Jika anda menyukai warna putih, maka anda adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi anda kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral anda yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh, senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan anda.


Rahsia Warna Hitam
Anda sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika anda berada dilingkungan yang tidak disukai, maka anda akan menjadi murung. Anda selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta anda.

Rahsia Warna Merah
Anda seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi anda dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi anda selalu berfikir dan berfikir lagi. Anda termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.




Teruskan Bacaan...

Rahsia Tahi Lalat Pada Tubuh Badan


Semua orang pasti mempunyai tahi lalat pada anggota badan. Setiap tahi lalat yang tumbuh di anggota badan anda mempunyai maksud tersendiri kepada personaliti anda. Di bawah ini ada rahsia disebalik tahi lalat pada tubuh badan. Sekadar untuk bacaan je, bukan untuk dipercayai....

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan

Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong

Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan

Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan

Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap

Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur

Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama

Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan

Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati

Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia

Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan

Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin

Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka

Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman

Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah

Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh

Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan

Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros

Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria

Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf

Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan

Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya

Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka

Kelopak mata kanan bawah - Agak malas

Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana




Teruskan Bacaan...

Rahsia Tubuh: Petanda bila penyakit datang


Setiap penyakit yang dialami datang dengan tanda yang tersendiri. Jika anda prihatin dengan petanda yang diberikan oleh tubuh, banyak masalah kesihatan yang boleh ketahui dan diambil tindakan. Berikut adalah petanda pada tubuh tentang keadaan kesihatan anda:


1) Mata

-Membran pucat :
Jika bahagian bawah dalam mata anda kelihatan lesu an pucat, ia adalah kemungkinan anda mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti daging, hati, kerang dan sayuran hijau. Atur pertemuan dengan doktor untuk buat ujian lanjut.

- Benjolan kuning
Jika terdapat benjolan kuning timbul pada bahagian atas atau bawah kelopak mata anda, ini bermakna anda mempunyai tahap kolestrol LDL yang tinggi. Benjolan ini adalah simpanan lemak yang berlebihan. Kurangkan makan daging dan makanan berminyak.


2) Gusi

- Gusi merah dan berdarah
Anda berkemungkinan menghidap penyakit gingivitis. Penyakit ini boleh menyebabkan anda kehilangan gigi. Kajian menunjukkan bahawa anda mungkin akan menghadapi risikopenyakit jantung, kencing manis dan keguguran.

- Gusi mengecut
Struktur gusi mungkin faktor keturunan namun mungkin ada kaitan dengan tabiat merokok dan juga stress.


3) Kuku

- Kuku tidak rata
Ada di antara anda yang mempunyai kuku tidak rata atau brbonggol secara semulajadi dari lahir. Namun jika kuku anda tiba-tiba mengalaminya, ini berkemungkinan anda mengalami anemia. Perubatan Cina pula berpendapat ia adalah akibat kekurang kalsium dalam diet harian.

- Tanda putih pada kuku
Ini menujukkan anda kekurangan minerak zink. Mineral ini penting untuk kekuatan tubuh. Tambahkan susu, telur, keju atau beras perang dalam menu anda untuk menambah mineral ini dalam tubuh.


4) Bibir dan lidah

- Bengkak dan kemerahan
Petanda masala anemia. Berjumpalah denga doktor. Selain itu tambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi. Masalh ini juga mungkin petanda bahawa tbuh anda kekurangan vitamin.

- Ulser mulut
Ulser mulut atau dipanggil mulut pecah yang kerap berlaku menunjukkan usus anda tidak sihat. Anda mungkin mengalami masalah sakit usus.

- Bengkak Mulut
Mulut yang bengkak sama ada sakit atau tidak menunjukkan anda mungkin menghadapi risiko sakit kanser oral, terutamanya jika anda seorang perokok dan minum minuman keras. Berjumpalah dengan doktor untuk ujian lanjut.


5) Kaki dan tumit

- Urat timbul
Jika anda tidak bergerak aktif, darah berkemungkinan terkumpul di bahagian kaki. Lama-kelamaan ini akan menyebabkan jaringan urat timbul. Atasi masalah ini dengan melakukan senaman ringan setiap hari dan makan buah-buahan berwarna ungu seperti anggur dan beri.

- Tumit mengembang
Tanda berlakunya ‘water retention’ akibat kekurangan air dalam tubuh. Minum lebih air dan elak minum minuman berkafein, the pelawas dan minuman keras.


6) Najis dan air kencing

- Kencing berwarna kuning pekat
Tubuh kekurangan air. Tambah jumlah air yang diminum satiap hari. Selain itu minumlah the herba dan buah-buahan segar.

- Kencing berwarna merah/ merah jambu
Terdapat jangkitan pada pundit kencing yang akan menyebabkan pendarahan. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.

- Najis ada darah
Usus anda mungkin luka. Mungkin juga ada kaitan dengan kanser usus. Jumpalah doktor untuk ujian lanjut.




Teruskan Bacaan...

Rahsia Lelaki: Tanda-tanda Lelaki Merajuk


Ada orang kata, buruk sangat rupanya kalau lelaki merajuk. Tetapi pernahkah anda melihat lelaki merajuk? Pernahkah anda lihat lelaki tarik muka? Sebenarnya semua manusia, tak kira lelaki atau perempuan memang ada perasaan merajuk.

Merajuk biasanya terjadi apabila seseorang memendamkan rasa tidak puas hati atau marah terhadap orang yang rapat atau baik dengannya. Reaksi muka dan tindakan akan ditunjukkan seiring. Apakah tanda-tanda awal seseorang lelaki merajuk? Anda selidiki tanda-tanda di bawah dan jika salah satunya ada pada si dia, maknanya si dia sedang merajuk dengan anda.


Tanda-tanda lelaki merajuk:

1) Diam seribu bahasa

Dia diam sahaja tanpa sebarang kata sepanjang bersama dengan anda. Bila anda bercakap dia hanya mengiakan atau menganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pon tidak melayan anda seperti sebelumnya. Jika ini berlaku, memang sah dia sedang merajuk dengan anda.


2) Buat tidak tahu

Dia buat tidak tahu tentang anda. Jika anda bercakap atau meminta pertolongan dengannya, dia buat-buat macam tak dengar. Ini adalah cara protes yang paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga membuat anda seperti tidak wujud di depannya.


3) Menolak untuk keluar atau makan bersama

Orang lelaki yang sedang merajuk biasanya enggan bertentang mata dengan pasangannya. Jadi jika si dia memberi pelbagai alasan untuk berjumpa atau makan bersama, maknanya dia sedang merajuk.


4) Bermuka masam

Biasanya lelaki merajuk buat muka masam. Sudahlah tak mahu bercakap, buat muka masam pula. Ini adalah sikap lazim orang yangs sedang merajuk.


5) Baca surat khabar

Tabiat biasa orang lelaki ialah membaca surat khabar. Tetapi jika asyik baca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab ketika bersama dengan anda, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang menganggu dirinya.


6) Menonton TV

Dia menonton rancangan TV bukan kegemarannya dengan bersungguh-sungguh ketika anda ada bersama. Sebenarnya matanya ke TV tapi hatinya ke lain.


7) Keluar rumah tanpa memberitahu

Ada lelaki tidak mahu memberi keluar rumah tanpa memberitahu ke mana dia pergi, kononnya nak tunjukkan protes.


8) Matikan telfon bimbit

Ini tabiat biasa orang sedang merajuk. Tidak mahu diganggu disaat peraannya terganggu. Dia mematikan telefonnya dan bila ditanya dikatakannya kehabisan bateri. Alasannya mudah kerana tidak mahu mendengar suara anda dikhuatiri kan menjadi lebih bengang.


Cubalah pujuk dengan baik bila lelaki merajuk dengan anda. Jika tak boleh, diam saja, biarkan dia reda sendiri.




Teruskan Bacaan...

Rahsia dan Kelebihan Mandi


Orang yang tidak suka mandi selalunya akan digelar ‘kambing’ kerana bau badan yang dikeluarkan seperti bau binatang tersebut yang menyengat deria bau. Dengan jelas kita tahu bahawa mandi dapat menghapuskan bau busuk dari badan.

Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh. Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;


1) Meringankan sakit kritikal


Penyelidikan yang diterbitkan dalam ‘New England Journal of Medicine’ menunjukkan orang yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus dengan berendam dalam air suam selama setengah jam. Kajian di Jepun pula menunjukkan berendam dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.


2) Mengeluarkan racun

Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 - 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.


3) meringankan Stress

Jika anda mengalami stress atau tekanan, mandi air sejuk adalah petua yang paling mujarab. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 -18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.


4) Jangkitan kulit

Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.


5) Selesema dan sakit kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang kepenatan. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis pati minyak wangi seperti lavender, peppermint atau lemon. Rendam kaki selama10 hingga 20 minit. Selepas itu bilas kaki dengan air sejuk.


6) Insomnia

Merendamkan kaki dalam air sejuk sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini juga berguna untuk menyegarkan kaki yang kepenatan, merawat pendarahan hidung, selsema dan sembelit.




Teruskan Bacaan...

Rahsia Dari Al-Quran Bagaimana Menjadi Jutawan


Pada masa sekarang ini terlalu banyak “spamming” tentang tips atau panduan untuk jadi kaya atau jutawan di emel. Sebenarnya, di dalam Al-Quran terdapat satu RAHSIA bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN. Berikut adalah ringkasannya:

Mahmud Ibn Labid r.a. berkata bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab.”

Namun jika anda ingin menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”

“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Maksudnya, dengan sentiasa mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat serta sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia dan balasan yang paling baik dari Allah. Sesungguhnya Allah pemberi segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana panduan untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Bacalah tafsir Al-Quran yang harganya anggaran RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi,
“Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu”

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi ingin gaya hidup sederhana, selesa, tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan wang segera untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha. Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tips ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan bersederhana. Mereka tidak kelam kabut dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

Wallahu’alam.

Teruskan Bacaan...

Rahsia Penipu - Tingkah Laku Orang yang Berbohong


Pernahkah anda perasan ketika anda ditipu terutamanya oleh orang yang rapat atau pasangan anda? Seringkali memberi alasan yang membuatkan anda rasa curiga, itu pon jika anda dapat mengesannya dengan lebih awal dan anda tahu dia sedang menipu. Tapi bagaimana jika dia pandai berlakon dan sedikit pon tidak menunjukkan dia sedang menipu. Usah risau, bacalah rahsia mengenal pasti orang yang rapat atau pasangan anda menipu di bawah ini.

1) Kerap Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila orang yang bercakap dengan anda kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya. Tapi jangan salah sangka pula pada orang yang sememamangnya sakit resdung!


2) Menutup mulut

Ada sesetengah orang tidak perasan meletakkan tangan di atas mulut mereka ketika sedang berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. Tapi ada juga orang yang menutup mulutnya kerana mulutnya berbau... heheh...


3) Gagap

Biasanya seseorang yang selalunya bercakap lancar tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong. Jadi, jika anda bertanya soalan dalam keadaan tanpa tekanan pada seseorang dan dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


4) Pergerakan mata

Orang yang sedang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kerlipan matanya kurang dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya tanpa sebab, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


5) Melengah-lengahkan jawapan

Biasanya orang yang sedang berbohong berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berbohong.


6) Resah

Orang yang berbohong biasanya tidak duduk diam. Asyik mahu mengubah-ubah postur badannya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.



Teruskan Bacaan...

Rahsia Cara Makan Pasangan Anda


Anda pasti kerap keluar makan bersama pasangan anda. Anda boleh mengenali pasangan anda dengan melihat cara si dia makan. Berikut adalah rahsia disebalik cara makan pasangan anda.

Makan dengan tenang

Makan dengan perlahan dan sopan. Suapan penuh berhati-hati. Tapi cara makannya itu membuatkan kamu bosan dan geram. Cara makannya seolah-olah lebih 'berminat' dengan makanan itu berbanding dengan kamu. Namun di sebalik sikap ini menggambarkan bahawa dia seorang yang serius dalam membuat keputusan dan dia adalah seorang yang setia.


Asyik membelek makanan

Dia lebih banyak pandang makanan daripada kamu. Seolah-olah makanan itu nampak sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Sangat teliti. Contohnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan disusun di tepi pinggan. Tersusun saja! Usah bimbang, itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap perkara yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. Jadi usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan

Cara makan dia tidak terlalu cepat atau lambat. Sesekali dia akan berbual tapi tidaklah kerap sangat. Kamu rasa 'kewujudan' kamu di depannya. Namun ketika makan, matanya asyik perhatikan kamu sehingga kadangkala kamu nak makan pun rasa segan. Ini menunjukkan dia sangat sayang kamu dan tidak mahu kamu 'hilang' dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah!


Makan sambil berborak

Seronok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menunjukkan bahawa si dia seorang yang ceria dan susah nak tengok dia marah. Tapimungkin kuat merajuk. Selain itu, dia juga suka berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi jangan buat dia marah. Hangin satu badannanti!


Makan sambil kerap tengok jam

Asyik tengok jam setiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang mahu dikejarkan. Jangan salah faham, bukan dia ada temujanji dengan orang lain, cuma itu adalah tabiat dia. Itu menunjukkan dia amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji, mesti dia sampai tepat pada masa. Dia seorang yang aggresif dan tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut

Ada saja yang hendak dirungut atau dikomen. Banyak perkara baginya tak betul. Makanan tak sedaplah, kurang rasalah dan macam-macam lagi. Sampai kadangkala rasa sakit hati juga dibuatnya. Si dia adalah jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan terus diluahkan walaupun kadangkala merimaskan. Tapi di sebalik sikapnya itu menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma mungkin dia kuat cemburu. Jadi janganlah ambil kesempatan melihat orang lain di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Gaduh besar nanti!



Teruskan Bacaan...

Rahsia Tarikh Lahir - Personaliti Diri


Di sini ada tip untuk mengenal mersonaliti diri sendiri melalui tarikh lahir dari Dr.Fadzilah Kamsah..

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Cara pengiraannya adalah seperti berikut:

1) Ambil sehelai kertas, tulis tarikh lahir anda di atasnya.
contoh: tarikh lahir anda 1 Februari 1988, tulis dalam bentuk 01 02 1988

2) Dari tarikh lahir anda, anda perlu mendapatkan 3 nombor untuk mengenali personaliti anda.

Untuk nombor kotak pertama, campurkan nombor haribulan kelahiran anda.
Dari tarikh contoh di atas, nombor kotak pertama = 0+1=1

Untuk nombor kotak kedua, campurkan semua nombor yang ada pada tarikh harijadi anda sehingga menjadi nombor tunggal.
Dari tarikh contoh di atas, nombor kotak kedua = 0+1+0+2+1+9+8+8=29
Hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti = 2+9=11 --> 1+1=2
Maka kotak kedua nombor kotak kedua = 2

Untuk nombor kotak ketiga, campurkan hasil dari kotak pertama dan kotak kedua sehingga menjadi nombor tunggal.
Maka nombor kotak ketiga = 1+2=3

hasilnya padankan dengan sifat yang tersenarai di atas..
1: Pemimpin
2: Lembut
3. Kemas (Cerewet)

contoh lain:


Hasil yang diperolehi mencerminkan diri anda. Mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang disegani.


Teruskan Bacaan...

Rahsia Wajah - Rahsia Hidung, Telinga, Mata, Kening, Mulut dan Dagu


Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri melalui wajah anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul pun, mungkin secara kebetulan je..

TELINGA

Telinga anda jabing?
Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga anda runcing?
Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.


CUPING TELINGA

Kerut tegak di cuping telinga anda?
Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?
Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.


BULU KENING

Bulu kening anda bertemu di tengah?
Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?
Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.


MATA

Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.


HIDUNG

Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.


MULUT

Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.


GIGI

Berada ruangan di antara gigi depan anda?
Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?
Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.


DAGU

Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

Allahualam...



Teruskan Bacaan...

Rahsia Tahi Lalat di wajah dan tubuh


Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai tahi lalat. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul pun, mungkin secara kebetulan je..

Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.

Tahi lalat gelap adalah tidak elok, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.

Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.

Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.

Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.

Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.

Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.

Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.

Di mulut: Seksualiti anda tinggi dan anda mempunyai keberahian sensual kuat.

Di lipat paha di sebelah kanan: Anda boleh menjadi kaya tetapi harus jaga kesihatan anda.

Di lipat paha di sebelah kiri: Anda harus jaga kesihatan anda, kerana anda sering sahaja sakit.

Di pungggung: Anda perlu bercita-cita tinggi. Hidup anda terumbang-ambing. Jangan selalu bergantung kepada bantuan daripada orang lain.

Di puting: Anda tidak tetap hati dan tidak setia pada kekasih!



Teruskan Bacaan...

Rahsia Mimpi: 1001 Rahsia Mimpi


Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariaannya adalah panduan kita ikut. Dalam

‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.


Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir malam untuk melaksanakan sholat.



Seorang muslim hendaknya selalu bermuhasabah diri sebelum tidur tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat. Sebelum tidur disunahkan berwudhu terlebih dulu serta mengiring ke sisi kanan ketika tidur. menjelang tidur, disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan.

“Jika engkau hendak menggunkana tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam riwayat lain, “tiga kali”.
(HR. Muttaqun’alaih)


Dimakruhkan tidur dengan tertelungkup/meniarap , ” Tidur tetelungkup/meniarap itu merupakan kebiasaan penghuni neraka”. (HR. Ibnu Majah)

Disunatkan membaca ayat kursi dan akhir surat Al-Baqarah serta surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas serta membaca do’a-do’a yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Dapatkan Ebook 1001 Rahsia Mimpi Percuma di sini untuk mengetahui rahsia disebalik mimpi.



Teruskan Bacaan...

Rahsia Iblis


sekadar memanjangkan. .....

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.


1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t:
" Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "


2. Iblis berkata:
"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?."

Firman Allah s.w.t yg bermaksud:
"Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:
"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).


4. Iblis berkata:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?".

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"


5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."


6. Tanya iblis lagi:
"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."


7. Kata iblis:
"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)


8. kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?."

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


9. Kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."


10. Kata iblis:
"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?"

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

Allahualam...


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran Islam untuk Lelaki


Kenali watak atau karakter lelaki melalui bulan Islam kelahirannya.

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan. "

Allahualam…





Teruskan Bacaan...

Rahsia Dahi


Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik. Bercakap soal dahi ini, tahukah anda bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada dirinya! Bahayakan..

Jadi kepada sesiapa yang dahinya agak luas tu, ‘cover’lah sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menelek tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua. Kalau anda nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi anda tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.
Dahi Jendol

Dahinya luas dan seperti ‘benjol’ sedikit ke hadapan. Si jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan diusahakan bersungguh-sungguh. Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun.

Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskannya walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada anda! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!


Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Anda yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!


Dahi lebar


Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.


Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.


Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya anda ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum anda ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau anda hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah anda khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!


Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!




Teruskan Bacaan...

Rahsia Cara Wanita Berjalan


Tahukah anda bahawa dengan memandang cara seseorang wanita berjalan saja sudah terungkap rahsia pada dirinya! Jadi kepada semua wanita, berjaga-jagalah ketika berjalan, mungkin ada orang menelek tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua. Kalau anda nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai cara wanita berjalan cubalah baca artikel ini hingga habis.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.



Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan kelahiran - Disember


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Disember. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan kelahiran - November


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan November. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah




Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - Oktober


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Oktober. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* Seorang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - September


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan September. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* Seorang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bula Kelahiran - Ogos


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Ogos. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - Julai


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Julai. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Kelahiran Bulan - Jun


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Jun. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* Seorang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - Mei


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Mei. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Allahualam

Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - April


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan April. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Allahualam


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - Mac


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Mac. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

MAC


* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Allahualam...


Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - Februari


Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Februari. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

Allahualam

Teruskan Bacaan...

Rahsia Bulan Kelahiran - Januari



Berikut disenaraikan kajian mengenai sikap anda yang lahir dalam bulan Januari. Kajian ini telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi


Allahualam...



Teruskan Bacaan...

Rahsia Cara dan Tabiat Tidur


Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yang tersendiri. Berikut ialah rahsia disebalik cara dan tabiat tidur manusia. Allahualam.

1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala

Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut

Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang

Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk

Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah

Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!


Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu ….




Teruskan Bacaan...

Related Posts with Thumbnails